BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Sindiket import rokok buat pengisytiharan palsu, tipu kod kastam

KUALA LUMPUR – Sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan cerut dikesan melakukan pengisytiharan palsu ketika proses import dengan menggunakan kod kastam yang tidak tepat atau menukar butiran barang bagi mengaburi pihak berkuasa.

Taktik itu terbongkar menerusi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Op Sikaro yang dijalankan baru-baru ini melibatkan 14 syarikat di sekitar Lembah Klang dan Johor.

“Seramai 14 individu termasuk pengarah dan wakil syarikat telah dirakam keterangan.

“Setakat penggeledahan dan serbuan yang dibuat, tiada keterangan menjurus kepada penggunaan setem palsu namun siasatan masih berjalan,” menurut sumber kepada Malaysia Tribune.

Katanya, siasatan mendapati semua syarikat terbabit memiliki lesen sah untuk mengimport rokok namun dipercayai menyalahgunakan lesen tersebut dengan mengisytiharkan maklumat tidak tepat bagi tujuan mengelak cukai.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Media sebelum ini melaporkan, kegiatan berkenaan mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian hasil cukai melebihi RM250 juta sejak tahun 2020 hingga 2024.

Selain itu, sumber memaklumkan serbuan juga dijalankan ke atas premis perniagaan dan pemilik syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan tembakau, cerut serta pembekal minuman keras.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button