Rasuah projek lebuh raya RM1 bilion, dua lagi individu ditahan reman SPRM
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman dua lagi individu melibatkan dua pengarah syarikat sub kontraktor kerana dipercayai terbabit kes rasuah pembinaan projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki dan perempuan berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan antara pukul 5 petang hingga 7 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, semalam.
Susulan penahanan itu, kedua-dua suspek telah di bawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama lima hari sehingga 7 Julai 2024 telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.
“Kedua-dua suspek merupakan pengarah dari syarikat yang sama disyaki memberi rasuah kepada pegawai-pegawai badan berkanun sebagai balasan bagi mendapat kerja-kerja projek pembinaan lebuh raya yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














