Kartel hibah: Peguam syarie, pegawai syariah ditahan SPRM
JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan reman seorang pegawai syariah dan seorang peguam syarie yang disyaki meminta serta menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM91,000 sebagai balasan mengeluarkan Perintah Pengesahan Hibah bagi tujuan pertukaran hak milik.
Perintah reman terhadap kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Tuan Ahmad Khairuddin Khalid selama tujuh hari sehingga 20 Januari 2026 selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pagi tadi.
Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan secara berasingan kira-kira pukul 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2016 hingga 2018.
“Mereka disyaki menerima wang rasuah secara tunai daripada 13 individu penerima hibah dengan anggaran RM7,000 bagi setiap orang,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








