Tun Daim mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan gagal mengisytiharkan harta.
Mengikut pertuduhan, Daim didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana gagal mengisytiharkan harta.
Beliau didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan terhadap 38 syarikat, 19 bidang tanah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang serta enam hartanah.
Selain itu, beliau juga gagal mengisytiharkan pemilikan terhadap akaun Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Berhad (ASB) dan tujuh kereta mewah
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000.
Hakim Azura Alwi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan wang jaminan RM280,000.
Beliau walau bagaimanapun, menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mencadangkan Daim diikat jamin di antara RM250,000 dan RM500,000 dengan seorang penjamin.
Daim yang hadir dengan berkerusi roda sambil ditemani Isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid kelihatan tidak begitu sihat susulan pembedahan pemindahan pinggang, strok beberapa kali selain sudah kehilangan salah satu matanya selepas jangkitan kuman.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















