BERITA SEMASA

Pemangku Sultan Johor berkenan terima menghadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengarah SPRM Johor

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman bersama Pengarah SPRM Johor yang baharu dilantik, Datuk Hazrul Shazreen Abd Yazid, di Istana Pasir Pelangi, di sini semalam.

Pertemuan itu turut menjadi kunjungan hormat Hazrul Shazreen selepas dilantik sebagai Pengarah SPRM Johor, berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Dalam pertemuan tersebut, Abd Halim dan Hazrul Shazreen turut menyampaikan komitmen SPRM untuk terus memperkukuh penguatkuasaan, pencegahan rasuah serta pemantapan integriti dan tadbir urus di negeri itu.

Pertemuan berkenaan turut mencerminkan hubungan kerja yang berterusan antara SPRM dan Institusi Diraja Johor dalam mendukung agenda integriti dan tadbir urus yang baik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button