BERITA SEMASA

Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

PUTRAJAYA – Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, pelantikan itu adalah untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei 2023,” katanya.

Azam yang dilahirkan pada 12 Mei 1963, telah berkhidmat selama 36 tahun dalam agensi penguatkuasa itu.

Beliau mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens dari Universiti Malaya (UM) serta kelulusan Ijazah Sarjana dari Asia E-University.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button