Abdul Hadi ziarah pusara Tun Dr Hasmah
PUTRAJAYA – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini menziarahi pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Presint 20, di sini.
Abdul Hadi berkongsi kunjungan itu menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini, sambil menitipkan doa buat Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada 28 September lalu pada usia 100 tahun.
Dalam hantaran berkenaan, Abdul Hadi mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa serta menerima segala amal kebajikan yang dilakukan.
“Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya.
“Al-Fatihah,” katanya.
Ketika berada di kawasan pusara berkenaan, Abdul Hadi turut disantuni anak Allahyarham, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Allahyarham Tun Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September lalu sebelum selamat disemadikan di Pusara Negara pada hari sama menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







