POLITIK

PRN: Annuar Musa sah tak bertanding

MARANG – Bekas pemimpin kanan UMNO, Tan Sri Annuar Musa sah tidak akan mewakili PAS itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos depan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Annuar yang juga Presiden Muafakat Nasional (MN) memberitahu beliau tidak berminat untuk terlibat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Jelas beliau, sebaliknya, bekas Ahli Parlimen Ketereh berkenaan akan diberi peranan untuk membantu Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional.

“Beliau (Annuar) memberitahu tidak berhasrat untuk bertanding dalam PRN Kelantan. Kita juga mahu beliau memainkan peranan di peringkat nasional,” katanya memetik laporan Kosmo.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi mengesahkan semua cadangan calon yang mahu ditampilkan Pas pada PRN di enam negeri pada bulan depan telah melepasi tapisan Majlis Ulama parti itu yang bermesyuarat semalam.

Sehubungan itu, beliau berharap momentum Gelombang Hijau yang terjadi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada akhir tahun lalu dapat dikekalkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button