PAS alu-alukan cadangan hidupkan semula Muafakat Nasional
KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS, Fadhli Saari mengalu-alukan cadangan untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional.
“Saya sangat setuju dengan cadangan hidupkan semula Muafakat Nasional ini. Inilah kunci kekuatan dan kebangkitan semula perpaduan ummah.
“Tahniah Ketua Pemuda UMNO. Hidupkan kembali rundingan, tubuh Jawatankuasa Perunding. Sebaik sahaja UMNO/Barisan Nasional (BN) isytihar keluar daripada gabungan bersama Pakatan Harapan, kita lancarkan terus Muafakat Nasional,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Terdahulu, dalam satu hantaran menerusi laman media sosial, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan supaya Perikatan Nasional (PN) dibubarkan dan Muafakat Nasional dihidupkan semula susulan polemik politik di Perlis.
Malah, katanya, usaha supaya memperkasakan Muafakat Nasional dan bukannya PN itu sudah dibangkitkan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








