JENAYAH & MAHKAMAH

‘Datuk Roy’ direman semula

PUTRAJAYA – Individu dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ yang ditahan semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, dikenakan perintah reman selama empat hari bermula hari ini.

Lelaki berusia 54 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, bagi permohonan reman untuk membantu siasatan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Menurut peguamnya, Fahmi Abd Moin, SPRM memohon tujuh hari lanjutan reman terhadap Datuk Roy bagi siasatan kes membabitkan beberapa individu dan pegawai SPRM.

Namun, mahkamah membenarkan permohonan SRPM untuk melanjutkan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 20 Mac.

Sebelum ini, Datuk Roy direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan telah dibebaskan semalam.

Namun, dia ditahan semula di Pejabat SPRM jam 3.45 petang semalam.

Sebelum ini, Datuk Roy diburu SPRM kerana didakwa menjadi perancang utama dalam siasatan kes meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan program Jana Wibawa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button