JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM tahan Pengerusi agensi bergelar Datuk, 4 lagi dipercayai terlibat salah guna kuasa

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Pengerusi agensi kerajaan bersama empat lagi individu kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik agensi kerajaan di bawah sebuah kementerian di Pulau Pinang.

Menurut sumber, Pengerusi bergelar Datuk yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukannya ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah untuk meluluskan penjualan lapan lot tanah di Seberang Prai Selatan pada 2015 kepada sebuah syarikat yang disyaki milik sekutunya.

Suspek terbabit juga dipercayai menggunakan kedudukannya dengan terlibat dalam meluluskan penjualan tanah tersebut pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran membabitkan nilai kerugian kira-kira RM1.96 juta.

“Empat lagi yang ditahan merupakan dua pengarah syarikat, pengurus teknikal dan seorang kerani wanita,” kata sumber lagi.

Tambah sumber itu lagi, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 40an hingga 50an ditahan secara berperingkat kira-kira pukul 11 hingga 12 tengahari, di pejabat SPRM Pulau Pinang semalam dan akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Georgetown, pagi ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Sri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button