JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu e-hailing didakwa cabul kehormatan wanita seorang penjawat awam

JOHOR BAHRU – Pemandu e-hailing yang didakwa mencabul kehormatan seorang penumpang wanita, di sini baru-baru ini disahkan sebagai seorang penjawat awam.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arshad, suspek berusia 26 tahun itu yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan kes berkenaan, telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan lanjut dijalankan.

“Suspek adalah seorang penjawat awam dan kertas siasatan perlu dirujuk ke Pejabat D5 (Perundangan), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman terlebih dahulu sebelum dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor.

“Suspek dibebaskan dengan jamin polis hari ini sementara siasatan lanjut menunggu keputusan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman seorang wanita yang mendakwa dia diganggu seorang lelaki difahamkan seorang pemandu e-hailing.

Susulan kejadian, lelaki berkenaan ditahan 4 Februari lalu.

Suspek sebelum ini direman selama tiga hari bermula 5 Februari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan serangan atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seseorang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button