BERITA SEMASA

Kerajaan negeri Sabah segera siasat gambar tular conteng, pijak al-Quran

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri akan segera menyiasat pautan di media sosial yang memaparkan gambar al-Quran dipijak dan diconteng lukisan tidak senonoh dipercayai dilakukan individu dari negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) merangkap Exco Agama negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan melampau dan biadap menghina agama Islam.

“Perbuatan ini biadab, melampau dan cuba mencemarkan maruah agama serta boleh mengguris perasaan umat Islam.

“Saya minta pihak berkuasa khasnya Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuat siasatan dan tindakan sewajarnya.

“Tindakan tegas berlunaskan undang-undang perlu diambil terhadap individu yang terbabit.

“Kita tidak boleh berkompromi terhadap perbuatan biadab yang menghina al-Quran lebih-lebih lagi di bulan Ramadan bulan. Al-Quran adalah kitab suci dan mulia,” katanya, hari ini.

Mohd Arifin turut menambah, perbuatan biadap berkenaan mampu menimbulkan keresahan dan menimbulkan kemarahan umat Islam sekaligus boleh menjejaskan perpaduan.

“Harap masyarakat menghadapi perkara ini dengan sabar dan tenang.

“Serahkan pihak berkuasa untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan undang-undang yang sedia ada dengan segera,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial imej memaparkan sebuah al-Quran diconteng dengan lukisan tidak senonoh sambil dipijak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button