BERITA SEMASA

SPRM akan jumpa MOT dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu dengan pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam masa terdekat berhubung isu laporan tidak diambil tindakan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ketika ini pihaknya sedang menetapkan tarikh temujanji untuk pertemuan tersebut.

“Saya akan jumpa Menterinya, Anthony Loke Siew Fook untuk terang berhubung isu ada ratusan laporan tiada tindakan oleh beberapa agensi MOT,” kata Azam, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, di sini hari ini.

Pada 9 Mei lalu, Azam mendedahkan lebih 500 laporan salah laku yang melibatkan agensi MOT antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JOJ) walaupun SPRM mengesyorkan tindakan diambil.

Siew Fook dalam reaksi balasnya pada hari sama berkata, beliau bersedia berjumpa Azam bagi mendengar sendiri penjelasan kerana tiada pun maklumat yang diterimanya.

Mengulas lanjut, Azam menambah, pihak SPRM tiada masalah untuk mendedahkan dengan lebih terperinci berhubung isu tersebut untuk tindakan susulan pihak terbabit.

Pada masa yang sama, Azam turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan diberikan bagi beliau menyambung kontraknya selama satu tahun.

Azam turut berjanji akan meneruskan iltizam bagi memerangi gejala rasuah yang masih wujud dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak berkepentingan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button