Ayu Hamzah puas sambutan pengundi, jentera PH bersatu
MELAKA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melimau, Ayu Hamzah menyifatkan perjalanan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat ini berjalan lancar dengan sambutan positif diterima ketika bertemu penduduk.
Beliau berkata, peluang turun padang sepanjang lima hari berkempen membolehkannya mendengar sendiri suara dan memahami isu yang dihadapi masyarakat setempat.
Menurutnya, setakat ini beliau tidak berdepan penolakan ketara daripada penduduk ketika menjalankan kempen, malah berterima kasih atas penerimaan yang diberikan.
“Alhamdulillah, gerak kerja berjalan seperti biasa dan saya sangat bersyukur kerana apabila turun padang, kita lebih mengetahui suara rakyat yang sebenarnya.
“Setakat ini tiada penolakan. Mudah-mudahan Allah membuka hati orang Melimau untuk mengundi saya,” katanya ketika ditemui Malaysia Tribune hari ini.
Ayu berkata, jentera PH di Melaka juga menunjukkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam memastikan kempen parti berjalan lancar, khususnya di DUN Melimau.
Beliau turut merayu penduduk yang mengenalinya supaya memberikan sokongan dengan mengundi beliau sebagai calon nombor dua PH pada hari pengundian nanti.
Pada PRN Melaka kali ini, Ayu bakal berdepan saingan satu lawan satu dengan penyandang, Datuk Dr Akmal Salleh yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan bekas Exco Kerajaan Negeri Melaka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














