Suspek kedua kes simbah asid ada tujuh rekod jenayah lampau
KUALA LUMPUR – Suspek kedua bagi kes simbah asid terhadap pemain bola sepak, Faisal Halim didapati mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, suspek telah direman selama lima hari bagi siasatan dijalankan.
Tambahnya, semakan polis mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau iaitu Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 170 KK, Seksyen 507 dan Seksyen 384 KK.
“Suspek pertama pula sudah dibebaskan selepas tamat tempoh reman namun ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah.
“Suspek kedua yang masih direman itu bekerja sendiri sementara suspek pertama tiada rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan suspek kedua yang ditahan susulan insiden simbah asid terhadap Faisal pada 5 Mei lalu, berjaya ditahan di sekitar Bandar Baru Bangi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






