JENAYAH & MAHKAMAH

Pengasas eHATI ditahan selepas selesai beri keterangan

PETALING JAYA – Pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor ditahan polis hari ini selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Penahanan mereka berdua disahkan peguam, Datuk M Reza Hassan yang mewakili mereka.

Beliau berkata, anak guamnya ditahan polis daerah Shah Alam selepas memberikan keterangan di IPD Petaling Jaya.

Tambahnya, mereka ditahan di bawah Seksyen 294 (lagu lucah) dan Seksyen 509 (perkataan atau perbuatan yang bertujuan menghina kesopanan seseorang) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Sementara itu, penahanan itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim.

“Pengasas eHATI dan suami telah ditahan. Maklumat lanjut menyusul selepas beberapa tindakan diambil termasuk serbuan dan tangkapan lain,” katanya hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button