JENAYAH & MAHKAMAH

[VIDEO] Bekas pegawai adat Sabah, 3 lagi direman bantu siasatan kes rasuah jual beli tanah

PUTRAJAYA – Seorang bekas pegawai adat di Sabah dan tiga lagi individu direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000 sebagai balasan membantu urusan jual beli tanah di negeri itu.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 27 Ogos 2026 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Flavian Edward Henry selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Keningau, pagi tadi.

@malaysiatribune

Seorang bekas pegawai adat di Sabah dan tiga lagi individu direman selama tujuh hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000 sebagai balasan membantu urusan jual beli tanah di negeri itu. Menurut sumber, suspek yang merupakan bekas pegawai adat dan penjawat awam dipercayai menerima rasuah daripada dua broker tanah sebagai balasan membantu melancarkan urusan jual beli tanah yang dikendalikan oleh kedua-dua broker berkenaan. #malaysiatribune

♬ Minimal for news / news suspense(1169746) – Hiraoka Kotaro

Menurut sumber, semua lelaki berusia 30 hingga 60-an itu ditahan antara pukul 4 petang dan 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Keningau.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025.

“Suspek yang merupakan bekas pegawai adat dan penjawat awam dipercayai menerima rasuah daripada dua broker tanah sebagai balasan membantu melancarkan urusan jual beli tanah yang dikendalikan oleh kedua-dua broker berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati tanah yang terlibat dalam urusan tersebut merupakan milik individu lain dan tidak pernah ditawarkan untuk dijual,” kata sumber itu, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan 18 Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button