Kertas siasatan kemalangan tiga beranak maut dirujuk ke AGC esok
KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung insiden kemalangan maut yang mengorbankan tiga beranak dan mencederakan seorang lagi di Jalan Sultan Ismail, awal pagi tadi akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC), esok.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa, keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan meneliti kertas siasatan berkenaan hasil perbincangan pukul 2.45 petang tadi.
BACA JUGA:
Identiti tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen dikenal pasti
Mangsa dirempuh ketika berada di kawasan selamat untuk melintas jalan – Polis KL
Imigresen serah siasatan kemalangan maut kepada polis
PM arah siasatan segera kemalangan tragis korbankan tiga sekeluarga
Tiga sekeluarga maut dilanggar lori Imigresen di simpang Maju Junction
“Hasil penelitian, pihak pendakwaan mencadangkan supaya kertas siasatan dirujuk kepada Ketua Unit Bahagian Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, Jabatan Peguam Negara Putrajaya.
“Kertas siasatan itu akan dibawa sendiri oleh Pengarah Pendakwaan Negeri bersama pegawai penyiasat pada pukul 8 pagi esok bagi tujuan sebarang pertuduhan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, kedua-dua pemandu lori Imigresen dan kereta Proton Saga yang terlibat telah dibenarkan untuk direman selama satu hari, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam kejadian itu, tiga mangsa yang dikenal pasti sebagai pesara tentera, Shaik Mohd. Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlim, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12 maut akibat dilanggar lori Imigresen yang dipercayai terbabas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, awal pagi tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







