JENAYAH & MAHKAMAH

Mangsa dirempuh ketika berada di kawasan selamat untuk melintas jalan – Polis KL

KUALA LUMPUR – Kesemua mangsa yang dirempuh lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail, di sini awal pagi tadi, sedang melintas jalan ketika kemalangan berlaku.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, ketika kejadian keluarga mangsa berada di kawasan selamat untuk melintas jalan.

BACA JUGA:
Imigresen serah siasatan kemalangan maut kepada polis
PM arah siasatan segera kemalangan tragis korbankan tiga sekeluarga
Tiga sekeluarga maut dilanggar lori Imigresen di simpang Maju Junction

“Berdasarkan siasatan dan pengamatan rakaman CCTV semasa kejadian, kedudukan keluarga itu berada, adalah di kawasan selamat untuk melintas jalan namun dia dirempuh lori JIM.

“Semua sedia maklum, sistem CCTV di kawasan berkenaan adalah di tahap terbaik dan mampu membantu kita menjalankan siasatan sewajarnya,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kesemua mangsa berasal dari Kampar, Perak dipercayai berada di ibukota untuk bercuti..

Difahamkan, seorang lagi anak mangsa tidak bersama keluarga ketika kejadian.

“Bagaimanapun tidak dipastikan sejak bila mereka berada di sini (Kuala Lumpur).

“Isteri mangsa sedang berada di zon merah, dalam keadaan kritikal,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu lori dan Proton Saga sedang dalam proses reman.

“Reman dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” katanya lagi.

Laporan media sebelum ini menyebut, tiga sekeluarga maut selepas dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia yang terbabas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu ialah lelaki berusia 53 tahun dan dua anak perempuannya masing-masing berusia 25 dan 12 tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button