JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM rakam percakapan pendakwah, ketua jabatan kewangan institusi pendidikan

PUTRAJAYA – Seorang pendakwah bebas bersama seorang ketua jabatan kewangan dan perakaunan sebuah institusi pendidikan dan dakwah di Kedah dipanggil bagi dirakam percakapan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini.

Menurut Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Datuk Norhaizam Muhammad, kedua-dua mereka yang dibebaskan daripada tahanan reman kali kedua petang semalam, hadir ke di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya jam 11.30 pagi tadi.

Beliau berkata, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

“Mereka tidak ditahan dan dibebaskan malam ini… keterangan akan kembali disambung esok,” katanya.

Jumaat lalu, perintah reman ke atas mereka disambung tiga hari sehingga semalam selepas masing-masing ditahan semula kira-kira pukul 6 petang Khamis lepas di Pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani.

Terdahulu, kedua-dua mereka direman sehari selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Petani, sebelum dibebaskan pukul 5 petang hari yang sama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button