JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan lelaki didakwa pukul isteri hingga alami keguguran

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang didakwa memukul isterinya sehingga menyebabkan mangsa mengalami keguguran Khamis lalu, sudah ditahan.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, suspek berusia 43 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis di sekitar Alor Setar, hari ini.

Tambahnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sungai Petani pagi esok bagi mendapatkan perintah reman sebelum siasatan lanjut ke atasnya dilakukan.

“Polis baru saja tahan suspek hari ini, dan kita akan dapatkan permohonan reman di mahkamah esok.

“Kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya, hari ini.

Adzli berkata, pihaknya akan turut mengadakan satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah esok, bagi memaklumkan perkembangan siasatan kes berkenaan.

Laporan media sebelum ini menyebut, seorang wanita yang juga penjawat awam cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa turut mengalami keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button