BERITA SEMASA

SPRM tahan Mohd Shukri, dilepaskan setelah diberi jaminan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) difahamkan telah menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli pada pukul 11 pagi tadi.

Terdahulu, Mohd Shukri tiba di ibu pejabat SPRM di sini pada kira-kira pukul 10 pagi setelah dipanggil untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun, menurut sumber, beliau kemudiannya dilepaskan pada kira-kira pukul 6.55 petang tadi dengan jaminan SPRM.

Kata sumber tersebut, Mohd Shukri disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penangkapan Mohd Shukri hari ini ketika dihubungi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button