Ketua balai polis direman kes rasuah libat pemegang kad UNHCR
KOTA BHARU – Seorang ketua balai polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan dakwaan rasuah melibatkan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Perintah reman bermula hari ini hingga 26 Julai itu dibenarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Terdahulu, suspek yang berusia 41 tahun dan bertugas sebagai Ketua Polis Balai (OCS) itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 2.20 petang semalam.
Difahamkan, suspek dipercayai menerima wang rasuah sebanyak RM500 itu sebagai balasan kerana tidak mengambil tindakan terhadap warga asing berkenaan yang merupakan pemegang kad UNHCR dan menjalankan perniagaan besi buruk.
Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusuff mengesahkan penahanan suspek yang disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















