Polis tahan dua individu berkaitan serangan di restoran
SEBERANG PERAI – Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut selepas dipercayai diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran di Sungai Bakap, di sini petang semalam.
Dalam kejadian itu, dua lagi cedera parah.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, dua suspek itu ditahan bagi membantu siasatan termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian berlaku.
“Suspek terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jawi petang ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya, hari ini.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya membuat laporan di balai polis berdekatan.
Laporan media semalam menyebut, seorang lelaki berusia 59 tahun maut dalam kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki bersenjata parang.
Mangsa dikatakan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada anggota badan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








