Kertas siasatan pelakon lelaki didakwa amang seksual remaja dihantar ke TPR
KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes penyanyi dan pelakon lelaki yang didakwa menjadikan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun mangsa amang seksual akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR), hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kertas siasatan kes berkenaan sudah disiapkan..
“Saya akan maklumkan kemudian sama ada suspek akan didakwa esok atau sebaliknya,” katanya, hari ini.
Laporan Malaysia Tribune semalam menyebut, pelakon dan penyanyi terkenal itu disiasat selepas disyaki melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.
Mangsa dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja, sejak tiga bulan lalu.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, mereka kemudian bertemu beberapa kali selepas perkenalan itu.
Menurutnya, selepas beberapa kali pertemuan suspek kemudian membawa mangsa bertemu di sebuah hotel.
“Ketika dalam pertemuan itu suspek melakukan perbuatan amang seksual fizikal kepada mangsa.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792),” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





