Lelaki disiasat sebar berita palsu bekal diesel ke Filipina – MCMC
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil seorang individu berhubung penyebaran berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina seperti yang tular, baru-baru ini.
Menurut MCMC, individu berkenaan telah dipanggil bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat MCMC, di sini semalam.
“MCMC turut menyita peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan bagi membantu siasatan lanjut,” kata MCMC dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu turut menyebut, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, pihak berkuasa mengesahkan bahawa bahan api diesel tersebut milik syarikat perdagangan Vitol, dan bukan milik Petronas atau Kerajaan.
“MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital untuk menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan orang ramai.
“Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap manamana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam,” kata kenyataan itu lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















