
Tiga warga Myanmar antara empat ditahan kes resit pesan pizza hina Islam
BAYAN LEPAS – Tiga warga Myanmar merupakan antara empat individu ditahan bagi bagi membantu siasatan kes resit pesanan pelanggan sebuah restoran rangkaian piza di Kenari Avenue, di sini, yang didakwa menghina Islam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kesemua mereka termasuk seorang lelaki tempatan itu ditahan di sebuah pondok dalam dusun durian di Sungai Ara, di sini Khamis minggu lalu.
Jelasnya, tiga warga Myanmar berusia 19 hingga 28 tahun itu merupakan pekerja kebun durian, manakala lelaki tempatan berusia 67 tahun adalah majikannya.
“Tiga warga Myanmar itu direman sehingga 3 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Lelaki tempatan itu pula dibebaskan dengan jaminan polis selepas reman tamat, Isnin lalu.
“Setakat ini, kita sudah terima 17 laporan berkaitan kes berkenaan,” kata Kamarul Rizal, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan polis sudah merakamkan keterangan lapan individu, termasuk dua pekerja rangkaian restoran piza terbabit bagi membantu siasatan kejadian pada 15 Mei lalu itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








