JENAYAH & MAHKAMAH

Polis sedang kesan pemilik nombor hantar mesej ugutan kepada isteri Rafizi

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan pemilik nombor telefon yang menghantar mesej ugutan terhadap isteri Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli selepas anaknya diserang di sebuah pusat beli belah di Putrajaya, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengesan pemilik nombor telefon itu.

Menurutnya, isteri bekas Menteri Ekonomi terbabit juga sudah tampil membuat laporan polis.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

“Kita juga sudah merakam keterangan doktor yang merawat anaknya bagi membantu siasatan,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan serangan dan ugutan itu berpunca daripada pertemuan beliau bersama satu kumpulan pendedah maklumat atau ‘whistleblower’ berkaitan satu skandal, Rabu minggu lalu.

Beliau mendakwa, ia juga adalah cubaan untuk menutup mulutnya berhubung perkara berkenaan.

Pihak media semalam melaporkan, polis sudah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button