
Liverpool dapatkan khidmat Araujo secara pinjaman
LONDON – Liverpool berjaya mendapatkan khidmat pertahanan Barcelona, Ronald Araujo, secara pinjaman selama semusim, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, semalam.
Laporan media Britain menyebut perjanjian pinjaman itu turut mengandungi pilihan untuk membeli pemain Uruguay berusia 27 tahun itu dengan nilai sekitar 47 juta pound (RM258.5 juta).
Araujo hadir ketika Liverpool berdepan bentemg pertahanan Liverpool yang dibelenggu masalah kecederaan yang semakin meruncing.
“Saya fikir ini perpindahan ideal untuk saya pada tahap karier sekarang. Saya rasa ini langkah yang perlu saya ambil.
“Sebaik saja saya mengetahui minat Liverpool, semuanya bergerak dengan sangat pantas,” kata Araujo dalam satu kenyataan dikeluarkan Liverpool.
Pada musim lalu, Araujo, yang juga salah seorang kapten Barcelona, menyaksikan pembabitannya berkurangan selepas mengambil cuti panjang daripada kelab atas permintaannya sendiri.
Beliau hanya membuat 11 penampilan sebagai kesebelasan utama dalam saingan liga selepas Pau Cubarsi dan Gerard Martin menjadi gandingan pilihan pengendali Barcelona, Hansi Flick di bahagian pertahanan tengah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








