SUKANBERITA SEMASA

Akan ada ‘api’ jika saya cakap mengenainya -Salah

LONDON – Penyerang Liverpool, Mohamed Salah mengundang kontroversi dalam perlawanan menentang West Ham United apabila melibatkan perselisihan dengan pengurusnya Jurgen Klopp di Stadium London.

Mohamed Salah berkata, akan ada ‘api’(pergaduhan) jika beliau bercakap mengenai insiden pertengkaran dengan Jurgen Klopp semasa perlawanan Liverpool menentang West Ham United yang berakhir dengan seri 2-2.

Dalam perlawanan itu, Salah bermula sebagai pemain simpanan terlibat dalam berbalas mulut dengan Klopp ketika beliau sedang bersedia untuk masuk pada minit ke-79.

Selepas tamat perlawanan, Salah berjalan menuju ke bilik persalinan sambil menolak permintaan temu bual dari wartawan.

“Akan ada ‘api’(pergaduhan) hari ini jika saya bercakap mengenainya,” katanya selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Klopp berkata mereka telah berbincang di bilik persalinan dan memastikan perbezaan pendapat itu diselesaikan.

“Kami telah berbincang tentangnya di bilik persalinan tetapi untuk saya, ia sudah selesai. Itu saja,” katanya selepas tamat perlawanan.

Kemudian beliau mengulas lanjut apabila ditanya sama ada situasi itu juga sudah diselesaikan bagi Salah.

“Ya pada saya menganggapnya sudah,” katanya lagi.

Sementara itu, Salah merupakan penjaring gol terbanyak Liverpool musim ini dengan 17 gol dalam 29 penampilan di Liga Perdana Inggeris.

Dalam pada itu, seri menentang West Ham merupakan satu lagi kekecewaan dalam harapan Liverpool untuk memenangi liga.

Pada perlawanan liga ke 35, Liverpool dibolosi pada separuh masa pertama selepas jaringan oleh Jarrod Bowen dan gol penyamaan oleh Andy Robertson menjadikan 1-1.

Masuk babak kedua, gol sendiri Alphonse Areola meletakkan Liverpool di hadapan 2-1.

Michail Antonio kemudian menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-77 untuk West Ham menjadikan keputusan berakhir 2-2.

Keputusan itu meninggalkan Liverpool di belakang dua mata kepada Arsenal dan Manchester City yang masing masing mempunyai kelebihan perlawanan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button