BERITA SEMASA

Nga Kor Ming mohon maaf jika kenyataan timbul salah faham

PUTRAJAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menzahirkan permohonan maaf sekiranya kenyataannya dalam satu sidang media baru-baru ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengamal media.

Beliau berkata, sepanjang hampir tiga dekad bergiat dalam politik dan pentadbiran negara, beliau sentiasa menjunjung tinggi kebebasan media dan menghormati peranan wartawan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“Sekiranya ada rakan-rakan media yang tertilak dengan kata-kata, itu saya tarik balik dan mohon maaf.

“Orang yang mengenali saya hampir 30 tahun tahu bahawa saya sentiasa menghormati kebebasan media dan kebebasan bersuara,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kor Ming, beliau mahu semua pihak kembali memberi tumpuan kepada agenda pembangunan negara serta usaha mengangkat martabat Malaysia.

“Supaya kita dapat fokus memastikan kita terus mengangkat martabat negara. I want to focus on nation building. Itu penting,” katanya lagi.

Permohonan maaf itu dibuat susulan tular rakaman video melibatkan interaksi beliau dengan seorang wartawan dalam satu sidang media minggu lalu yang mengundang pelbagai reaksi.

Kor Ming berharap perkara tersebut tidak diperbesarkan dan semua pihak dapat bergerak ke hadapan demi kepentingan negara dan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button