Klopp jurulatih baharu pasukan kebangsaan Jerman
FRANKFURT – Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB), hari ini mengumumkan pelantikan Jurgen Klopp sebagai ketua jurulatih baharu Jerman.
Pelantikan Klopp sudah dijangka sejak beberapa minggu lalu dengan kontraknya akan berkuat kuasa sehingga Piala Dunia 2030 yang dianjurkan bersama oleh Sepanyol, Portugal dan Maghribi, lapor AFP.
Jurulatih berusia 59 tahun itu sebelum ini secara terbuka menyatakan hasrat untuk mengendalikan skuad kebangsaan Jerman selepas peletakan jawatan Julian Nagelsmann pada awal Julai.
Nagelsmann melepaskan jawatan susulan kekalahan mengecewakan kepada Paraguay pada pusingan 32 Piala Dunia, yang menyaksikan Jerman tersingkir awal buat kali ketiga berturut-turut sejak muncul juara dunia pada 2014.
Sebagai calon pilihan utama DFB, kesediaan Klopp menerima tawaran itu mempercepatkan proses pengunduran Nagelsmann.
“Ini satu penghormatan besar buat saya untuk berada di sini hari ini.
“Ini adalah kemuncak kerjaya saya, kehidupan saya dan kerjaya profesional saya. Saya akan memberikan segala yang saya ada,” katanya dalam sidang media pengumuman pelantikannya di Frankfurt.
Presiden DFB, Bernd Neuendorf, berkata kontrak Klopp akan bermula pada 15 Ogos dan berakhir pada musim panas 2030.
DFB sejak sekian lama mengintai khidmat Klopp dan percaya beliau adalah calon paling sesuai untuk mengambil alih tugas daripada Nagelsmann.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















