BERITA SEMASALUAR NEGARA

Pemotong rumput jumpa ‘gold bar’ bernilai RM145,000

BERLIN – Seorang pekerja majlis perbandaran di bandar ini menemukan lapan kepingan emas dengan anggaran nilai 30,000 Euro (RM145,000) ketika sedang memotong rumput di sebuah kolam tadahan air.

Lelaki berkenaan melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa di Bannewitz, Selatan Dresden, dekat sini, menurut laporan The Telegraph.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa kini dalam proses menentukan sama ada jongkong emas berkenaan dicuri atau berkaitan dengan sebarang aktiviti jenayah.

“Setakat ini, ia tidak menunjukkan sebarang kaitan dengan kes-kes sedia ada. Nombor siri yang terukir pada jongkong itu akan digunakan untuk mengenal pasti pemilik yang sah.

“Jongkong berkenaan kini disimpan di lokasi selamat di Ibu Pejabat Polis Dresden,” menurut laporan itu lagi.

Jurucakap Polis Dresden, Marko Laske berkata, beliau terkejut dengan penemuan itu kerana ia merupakan kali pertama kes seumpama itu dilaporkan.

“Saya tidak pernah menemui kes seperti ini dalam lebih 20 tahun. Hakikat bahawa jongkong emas ini diserahkan kepada polis sebagai barang yang dijumpai adalah sesuatu yang amat jarang berlaku.”

Laske berkata, jika tiada pemilik tampil dalam tempoh enam bulan dan polis mengesahkan tiada jenayah yang berlaku, harta itu akan dikembalikan kepada pihak majlis perbandaran.

Majlis perbandaran kemudiannya boleh menentukan tindakan seterusnya.

Datuk Bandar Bannewitz, Heiko Wersig
Datuk Bandar Bannewitz, Heiko Wersig

Datuk Bandar Bannewitz, Heiko Wersig berkata, jika wang itu diberikan kepada bandar tersebut, beliau berharap ia disalurkan kepada kelab-kelab di kawasan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button