Liverpool tundukan Manchester City 2-0 di Anfield, terajui liga dengan sembilan mata
LIVERPOOl – Liverpool terus mencipta mimpi buruk buat Manchester City apabila mencatat kemenangan 2-0 di Anfield pada awal pagi tadi, sekali gus melebarkan jurang sembilan mata di puncak Liga Perdana Inggerisn (EPL).
Mohamed Salah menjadi wira apabila menyumbang satu gol dan satu bantuan jaringan (assist), membantu Liverpool memastikan kemenangan yang cukup bermakna di Anfield.
Susulan kemenangan itu, para penyokong tuan rumah meraikan perlawanan dengan mengejek pengurus City, Pep Guardiola, dengan nyanyian tentang kemungkinan beliau akan dipecat.
Liverpool kini mendahului Arsenal dengan sembilan mata selepas 13 perlawanan, manakala juara bertahan City telah tewas empat perlawanan berturut-turut dalam liga untuk kali pertama sejak 2008, jatuh ke tangga kelima.
Salah membuka ruang untuk Cody Gakpo menyumbat gol pembukaan pada minit ke-12, namun dua peluang terhidang yang disia-siakan oleh Virgil van Dijk menyebabkan Liverpool gagal melebarkan jurang sebelum tamat separuh masa pertama.
Liverpool akhirnya menggandakan jaringan pada minit ke-78 selepas kesilapan besar di bahagian pertahanan City yang menyaksikan penjaga gol Stefan Ortega terpaksa menjatuhkan Luis Diaz, membolehkan Salah menyempurnakan sepakan penalti dengan tenang.
Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan ke-18 pengurus Liverpool, Arne Slot, dalam 20 perlawanan di semua pertandingan, menandakan permulaan cemerlang buat jurulatih baharu itu.
“Pasukan seperti City, Arsenal yang saya lihat semalam, dan Chelsea yang bermain hari ini mereka semua mampu mencipta rentak kemenangan seperti kami.
“Jadi, kita tidak boleh terlalu terbawa-bawa dengan satu atau dua kemenangan,” kata Slot, lapor Reuters.
Walaupun Slot mengambil pendekatan berhati-hati, jurang sembilan mata dan prestasi cemerlang yang dipamerkan anak buahnya tampak sukar untuk dikejar oleh pasukan lain.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








