BERITA SEMASASUKAN

Penjaring terbanyak Piala FA, Mujagic sah sertai JDT

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan penjaring terbanyak Piala FA 2025-2026, Ajdin Mujagic sebagai pemain baharu pasukan itu menjelang penutupan jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M), Ahad ini.

Pengumuman skuad Harimau Selatan itu dikongsikan menerusi satu klip video di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Dalam rakaman berdurasi 28 saat itu, penyerang berusia 28 tahun berkenaan yang sebelum ini beraksi bersama Sabah, dilihat mengenakan jersi JDT bernombor 29.

Kemasukan Mujagic turut menyaksikan beliau menyertai bekas rakan sepasukannya di Sabah, Stuart Wilkin yang terlebih dahulu diumumkan sebagai pemain baharu JDT pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Untuk rekod, Mujagic muncul penjaring terbanyak Piala FA 2025-2026 selepas meledak lapan gol bersama Sabah, namun skuad Badak terpaksa berpuas hati selaku naib juara selepas tewas 0-5 kepada JDT pada perlawanan akhir.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button