BERITA SEMASA

Aidin akhirnya bertemu Mat Sabu selepas tular menangis MAHA 2026 berakhir

KUALA LUMPUR – Selepas tular kerana menangis apabila Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 berakhir, Muhamad Aidin hari ini akhirnya dapat bertemu sendiri dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Pertemuan yang dinanti-nantikan itu berlangsung apabila Mohamad menziarahi Aidin dan keluarganya di kediaman mereka, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Mohamad berkongsi beberapa gambar pertemuan berkenaan termasuk ketika beliau meluangkan masa bersama kanak-kanak itu.

“Masih ingat adik yang viral menangis sebab sedih MAHA 2026 dah habis? Hari ini, Bang Mat dapat bertemu sendiri dengan adik Muhamad Aidin.

“Bang Mat berkesempatan menziarahi Aidin dan keluarganya di rumah. Alhamdulillah, kali ini Aidin tersenyum.

“Bang Mat turut menyampaikan cenderahati dan sumbangan kepada Aidin sebagai tanda ingatan,” katanya.

Menurut Mohamad, kegembiraan kanak-kanak seperti Aidin menjadikan segala usaha dan penat lelah warga MAHA 2026 berbaloi.

“Terima kasih Aidin kerana menjadi sebahagian daripada kenangan manis MAHA 2026.

“Kegembiraan anak-anak seperti Aidin menjadikan segala usaha dan penat lelah warga MAHA 2026 terasa berbaloi.

“Jangan nangis lagi ya Aidin. Insya-Allah, kita jumpa lagi di MAHA akan datang!” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button