Keputusan Anthony Loke tawar letak jawatan muktamad – Hannah
PUTRAJAYA – Pelbagai pandangan dan cadangan dalaman DAP diambil kira sebelum Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) memuktamadkan pendirian berhubung tawaran Anthony Loke Siew Fook untuk melepaskan jawatan Menteri Pengangkutan.
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh berkata, perkara itu diputuskan selepas CEC mengadakan mesyuarat panjang dengan mengambil kira pelbagai cadangan daripada dalam parti.
Justeru itu, beliau meminta semua pihak menghormati pendirian yang telah dibuat oleh badan pembuat keputusan tertinggi DAP berkenaan.
“CEC telah bermesyuarat lama dan pelbagai cadangan serta pendapat telah kita dengar. Keputusan akhir iaitu keputusan muktamad CEC dan ini adalah badan pembuat keputusan tertinggi yang telah membuat keputusan bahawa YB Anthony Loke menawarkan diri untuk meletak jawatan.
“Itu adalah keputusan CEC. Perbincangan lain saya tidak mahu dedahkan kerana ia adalah hal dalaman mesyuarat CEC, tetapi kita kena hormati keputusan yang telah dibuat,” katanya dalam sidang media khas di Menara Seri Wilayah, Putrajaya, hari ini.
Terdahulu, Loke mengumumkan kesediaannya untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet sebagai reaksi kepada prinsip kepimpinan parti.
Menteri dan timbalan menteri DAP yang lain bagaimanapun kekal berkhidmat dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








