JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM selesai ambil keterangan pegawai kanan ATM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai merakam percakapan seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu siasatan kes dakwaan rasuah terbaru membabitkan pasukan pertahanan negara itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, rakaman percakapan terhadap individu dipercayai berpangkat Panglima itu selesai pukul 5 petang tadi.

“Beliau sudah dilepaskan. SPRM akan melengkapkan siasatan dalam tempoh seminggu dan sebarang kemas kini mengenai siasatan kes ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, pegawai ATM berusia dalam lingkungan 60-an itu tiba di Ibu Pejabat SPRM pukul 11 pagi tadi.

Hari ini merupakan kali kedua beliau dipanggil memberi keterangan.

Semalam, proses mengambil keterangan dimaklumkan mengambil masa hampir selama 13 jam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button