JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan lelaki disyaki cabul, liwat dua pelajar

SHAH ALAM – Polis berjaya menahan seorang lelaki kerana disyaki mencabul dan meliwat dua pelajar berusia 15 tahun, di sini malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah, suspek ditahan di sebuah restoran di sini pukul jam 12.01 tengah malam tadi.

Menurut beliau, penahanan itu susulan laporan yang diterima polis semalam daripada dua mangsa lelaki yang juga pelajar sebuah kolej di Glenmarie, Shah Alam.

“Mangsa pertama mendakwa dicabul ketika berada di tandas asrama kolej, manakala seorang lagi mangsa mendakwa diliwat ketika berada di rumah suspek di Seksyen 18.

“Semakan mendapati, suspek yang juga pekerja di kolej berkenaan, berusia lingkungan 30-an dan mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076 atau Inspektor Muhamad Zamri Abdul Rahman di talian 011-16652402.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button