Identiti tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen dikenal pasti
KUALA LUMPUR – Identiti tiga beranak yang maut akibat rempuhan sebuah lori Jabatan Imigresen (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail awal pagi tadi sudah dikenal pasti.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa, mangsa dikenal pasti sebagai pesara tentera, Shaik Mohd. Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlim, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12.
BACA JUGA:
Mangsa dirempuh ketika berada di kawasan selamat untuk melintas jalan – Polis KL
Imigresen serah siasatan kemalangan maut kepada polis
PM arah siasatan segera kemalangan tragis korbankan tiga sekeluarga
Tiga sekeluarga maut dilanggar lori Imigresen di simpang Maju Junction
Isteri Shaik Mohd. Firdaus, Norhayati Razali, 55, yang turut menjadi mangsa dalam kejadian itu kini menerima rawatan di unit rawatan rapi.
Beliau turut memaklumkan bahawa keluarga berkenaan berasal dari Kampar, Perak.
Seorang lagi anak pasangan berkenaan, Siti Nor Shakira, 28, tidak terlibat dalam kemalangan itu selepas tidak mengikuti keluarganya bercuti di ibu negara.
Difahamkan, ketiga-tiga jenazah akan dibawa pulang ke Kampar untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu selepas proses bedah siasat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) selesai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








