BERITA SEMASASUKAN

Si Kentoi sedia gegarkan Perlis, 2,521 peserta sertai SUKMAS XI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 26 jenis sukan membabitkan 50 acara di 15 venue sekitar Perlis bakal menghangatkan Sukan MARA Se-Malaysia (SUKMAS) XI Perlis 2026 yang berlangsung dari 30 Ogos hingga 3 September ini.

Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi MARA (KSRM), Zairul Amri Adam berkata, seramai 2,521 peserta terdiri daripada 2,003 staf MARA dan 518 staf anak syarikat MARA, termasuk atlet, jurulatih serta pengurus, bakal menghidupkan persaingan sepanjang lima hari temasya.

Lebih menarik, temasya itu turut menampilkan Si Kentoi, maskot berinspirasikan beruk kentoi, sebagai antara tarikan utama yang membawa identiti tuan rumah sepanjang lima hari kejohanan.

Selain menajdi wajah di poster dan bahan promosi, Si Kentoi menjadi simbol ketangkasan, keberanian, daya juang dan semangat kebersamaan yang bakal mengiringi perjuangan atlet daripada 14 kontinjen MARA di gelanggang.

Logo rasmi SUKMAS XI turut menampilkan Si Kentoi bersama logo MARA dan angka 2026, dengan kombinasi warna kuning dan biru yang mencerminkan tenaga, keceriaan, perpaduan serta keyakinan.

Dalam pada itu, saingan sepak takraw turut dijangka mencuri perhatian apabila empat pemain kebangsaan, Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Amirul Zazwan Amir, Muhammad Fahmi Khalid @ Azman dan Muhammad Zulfikri Wajawwa M. Zulhaniff turun membawa cabaran MARA Wilayah Persekutuan.

Beberapa fasiliti MARA turut diberi peranan sebagai gelanggang pertandingan apabila TVETMARA Beseri menjadi venue ping pong berpasukan, MRSM Beseri bagi acara merentas desa, manakala MRSM Arau menjadi gelanggang bagi saingan catur, dart, karom dan petanque berpasukan.

Sebagai rekod, penganjuran SUKMAS XI Perlis 2026 turut digerakkan bersama MARA Negeri Perlis, IPMA, MARA Corporation Sdn. Bhd., KSRM serta Wakaf MARA MADANI.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button