BERITA SEMASA

MARA tawar diskaun 20 peratus sewa premis bantu usahawan terjejas

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan diskaun sewaan sebanyak 20 peratus bagi premis-premis perniagaan milik agensi itu.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mana-mana peminjam yang menghadapi kesukaran dalam situasi ekonomi hari ini boleh datang ke pejabat MARA seluruh Malaysia untuk penstrukturan semula.

“Semua peminjam dan penerima manfaat daripada pelbagai skim pembiayaan MARA yang menghadapi kesulitan menguruskan aliran tunai dan kewangan susulan kegawatan ekonomi boleh hadir untuk mendapatkan khidmat rundingan.

“Mereka boleh berunding dengan pegawai-pegawai MARA di seluruh negara sama ada di pejabat MARA daerah, negeri atau terus ke Ibu Pejabat MARA di Kuala Lumpur,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

MARA menyediakan pelbagai skim pembiayaan kepada usahawan Bumiputera termasuk dalam sektor perniagaan, pendidikan, industri halal, automotif dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS) bagi membantu memperkukuh ekonomi golongan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button