BERITA SEMASA

‘You touch you go!’ – Asyraf Wajdi

MARA tidak akan berkompromi sebarang kes buli di MRSM walau babitkan anak VIP atau VVVIP

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkompromi terhadap sebarang kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, pihaknya memberi jaminan tidak akan sesekali menutup sebarang perilaku curang yang dilakukan oleh mana-mana pelajar walaupun anak orang kenamaan.

“Maaf, MARA tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua bentuk kes buli di MRSM, jauh sekali untuk menutup sebarang perilaku curang.

“Biarlah anak VIP atau VVVIP mana sekalipun, you touch you go (anda buli, anda akan disingkir),” tegasnya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Kenyataan Asyraf Wajdi itu dipercayai sebagai ulasan kejadian buli yang sebelum ini menjadi tular di sebuah sekolah berasrama elit di bawah kendalian Kementerian Pendidikan (KPM).

Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga menegaskan tidak berkompromi dengan perbuatan buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya.

KPM dalam kenyataannya, berkata pihaknya mengambil perhatian laporan media mengenai kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh yang tular, namun tidak menjelas bentuk tindakan diambil dalam kes berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button