Polis tidak tolak kemungkinan ‘Bella’ dijadikan umpan peras ugut
JOHOR BAHRU – Pihak polis tidak menolak wanita dikenali sebagai “Bella” dijadikan umpan oleh sekumpulan lelaki bagi ‘memancing’ mangsa di laman sosial bagi tujuan peras ugut.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, siasatan awal mendapati, tindakan sekumpulan lelaki memukul seorang lelaki dalam video yang tular di media sosial, baru-baru ini, bertujuan bagi mendapatkan wang.
Selain dipukul beramai-ramai, motosikal milik mangsa juga dikatakan dirampas oleh kumpulan berkenaan.
“Apa pun motifnya, kes berkenaan dipercayai untuk mengugut mangsa bagi mendapatkan wang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas hasil siasatan awal kes seorang lelaki dipukul sekumpulan tujuh lelaki hingga cedera di flat Pelentong Jumaat lalu selepas wanita yang dikenali sebagai “Bella” mempelawa beliau menemaninya tidur kerana mendakwa tidak sihat.
“Bagaimananpun polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti punca sebenar kes itu,” katanya lagi.
Semalam, mangsa mendedahkan gadis yang dikenali sebagai Bella mengajaknya tidur di kediaman wanita itu kerana mendakwa dirinya tidak sihat.
Bagaimanapun, selepas memasuki rumah sewa didiami ‘Bella’ mangsa ditumbuk, ditendang selain dipukul menggunakan senjata sebelum mangsa diugut supaya memberikan wang berjumlah RM3,000.
Mangsa yang tidak mampu melawan kemudianya menyerahkan wang tunai RM600 serta motosikal Yamaha Y16ZR kepada suspek.
Akibat kejadian itu, lelaki berasal dari Kluang itu, cedera dan menerima tiga jahitan pada bibir serta enam jahitan di telinga kiri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







