JENAYAH & MAHKAMAH

Lagi kes pelajar sekolah menengah dipukul di Kuala Pilah

KUALA PILAH – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua cedera selepas dipercayai dipukul pelajar senior dalam sebuah dorm asrama sebuah sekolah menengah di daerah ini pada 27 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.40 malam selepas mangsa, 14, dipanggil ke dorm berkenaan oleh seorang pelajar senior berusia 16 tahun.

Menurutnya, tindakan itu dipercayai susulan perselisihan faham antara mangsa dan suspek sebelum berlaku kejadian pukul terbabit.

“Mangsa dipercayai dipukul suspek ketika berada di dalam dorm berkenaan sehingga mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAJ).

“Pemeriksaan pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut (soft tissue injury),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Mustafah berkata, polis sudah mengenal pasti suspek dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan, sebaliknya menyerahkan siasatan kepada pihak polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button