JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan tiga lelaki pukul wanita

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki yang didakwa memukul seorang wanita yang menegur kegiatan mereka mengutip wang parkir secara haram di Jalan Awan Besar, Jalan Klang Lama, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 26 tahun, ditahan di sekitar daerah Brickfields, semalam, selepas mangsa membuat laporan dipukul dan diugut di kawasan tanah kosong berhampiran Dewan Komuniti OUG, Jalan Awan Besar, semalam.

Tambahnya, wanita berkenaan membuat laporan pada pukul 2.38 petang berhubung kegiatan mengutip wang parkir di kawasan berkenaan tanpa kebenaran pihak berkuasa tanah.

“Ketika berada di lokasi, mangsa dimarahi suspek menggunakan kata-kata kesat sebelum ditumbuk di bahagian kepala.

“Suspek turut mengugut akan memukul mangsa dan membuat kacau di tempat kerjanya.

“Polis kemudiannya menjalankan siasatan dan berjaya menahan tiga suspek lelaki tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Fadil berkata, hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Permohonan reman terhadap suspek pertama diperolehi selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Ogos ini, manakala dua lagi suspek masing-masing direman selama sehari.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button