FIA siasat gangguan teknikal jejas perlumbaan F1 di Sepang
SEPANG – Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung gangguan teknikal yang menjejaskan beberapa jentera Formula Satu (F1) ketika Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.
FIA berkata, masalah berkenaan dipercayai berpunca daripada gabungan beberapa faktor termasuk putaran enjin rendah, keadaan cengkaman trek yang rendah akibat hujan, tetapan pengurusan tenaga ketika cuaca basah serta konfigurasi tertentu di litar berkenaan.
Menurut badan induk sukan permotoran dunia itu, isu tersebut menyebabkan kehilangan kuasa secara tidak sengaja pada beberapa kereta ketika pusingan formasi sebelum perlumbaan bermula.
“Antara pelumba yang terjejas ialah juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, serta pemenang perlumbaan, Max Verstappen.
“Susulan itu, jabatan teknikal FIA telah menghapuskan had tenaga di sektor yang terjejas menerusi kemas kini perisian yang diedarkan kepada semua pasukan ketika perlumbaan ditangguhkan akibat hujan lebat.
“Ia membolehkan pasukan melakukan perubahan yang diperlukan terhadap unit kuasa sebelum perlumbaan bermula. FIA bersama pasukan dan pengeluar unit kuasa akan menjalankan kajian penuh terhadap isu ini,” katanya dalam.satu kenyataan hari ini.
Perlumbaan tersebut turut berdepan cuaca buruk apabila hujan lebat menyebabkan permulaan perlumbaan tertangguh sebelum aksi sebenar dapat dimulakan.
Hamilton dilaporkan menyifatkan insiden itu sebagai pengalaman pertama sepanjang kariernya apabila terpaksa memberhentikan kereta di litar sebelum berjaya menghidupkannya semula.
Dalam perlumbaan penuh dramatik itu, Verstappen muncul juara GP Bahrain, manakala pelumba muda Mercedes, Kimi Antonelli, menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas memberi saingan sengit kepada pelumba Red Bull Racing berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








