JENAYAH & MAHKAMAH

13 pelajar ‘bergasak’ guna senjata ditahan

TAWAU – Seramai 14 individu termasuk 13 pelajar ditahan polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata di Taman Permainan Taman Ambar, Jalan Kuhara, Tawau, kelmarin.

Bagaimanapun, 13 pelajar terbabit dibebaskan dengan jaminan polis manakala seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri disahkan bukan pelajar sekolah.

Ketua Polis Tawau, Rosdi Mat Jusoh berkata, semua individu berusia antara 12 hingga 14 tahun ditahan semalam.

Katanya, polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6 petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca perselisihan faham antara dua pelajar sebelum pergaduhan itu berlarutan dan membabitkan beberapa pelajar lain.

“Rakaman video kejadian yang tular turut membantu polis mengenal pasti individu terbabit serta peranan masing-masing dalam insiden berkenaan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, polis turut merampas telefon pintar dan basikal dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, manakala remaja yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Terdahulu, rakaman video kejadian kira-kira 32 saat yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan remaja memakai uniform sukan dan pakaian seragam sekolah menengah saling tolak-menolak sebelum beberapa individu dilihat bergelut, manakala seorang individu kelihatan berada di atas tanah ketika dikelilingi beberapa remaja lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button