Gara-gara dituduh calar kereta, lelaki acu pisau ke arah jiran
TAWAU – Seorang lelaki bertindak mengacukan pisau ke arah jirannya dalam kejadian di Taman Ria 3 di sini kelmarin, hanya kerana tidak berpuas hati dituduh mencalarkan kereta.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.27 pagi itu, pengadu menyedari terdapat kesan calar dan contengan pada keretanya yang diletakkan di hadapan rumah.
Apabila pengadu menegur jiran yang disyaki bertanggungjawab, lelaki berusia 44 tahun itu didakwa bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata ugutan sambil mengacukan sebilah pisau.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, bimbang akan keselamatan diri, mangsa segera membuat laporan polis.
“Situasi menjadi lebih tegang apabila suspek mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukannya ke arah mangsa sambil mengeluarkan kata-kata ugutan.
“Mangsa yang bimbang akan keselamatan dirinya kemudian tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan laporan tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berjaya menahan suspek pada hari yang sama sekitar pukul 3.15 petang dan turut merampas senjata yang digunakan.
Semakan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah pada tahun 2012 dan 2025.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas perbuatan khianat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








